CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kehidupan kupu-kupu

Motivasi dan inspirasi

Huraian Sukatan Sejarah Ting 4

UNTUK DAPATKAN HURAIAN PELAJARAN KLIK DI SINI

Bab 3: Kerajaan Awal Asia Tenggara

Nota Sejarah Bab 3 - Tingkatan 4">

Dialog guru dan murid.......


Klas yang tadi riuh-rendah dengan suara2 pelajar kini sunyi sepi..kerana.....jeng..jeng...jeng...
(Cikgu yang paling garang telah masuk ke kelas tersebut).

Nak tahu apa terjadi...ikuti dialog ini

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.

Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi saja!! Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk!Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid-murid: Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid-murid: (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid-murid: Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid-murid: Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid-murid: Dekat!

Cikgu : Berjaya!

Murid-murid: Usno!

Cikgu : Salah!

Murid-murid: Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid-murid: Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid-murid: Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid-murid: Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid-murid: Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid-murid: Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid-murid: Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid-murid: Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid-murid: Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid-murid: Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid-murid: Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid-murid: Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid-murid Cukup ajar!:

Cikgu : Habis aku!

Murid-murid: Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid-murid: Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid-murid: Duduk!

Cikgu : Saya kata Usno salah!

Murid-murid: Kami dengar Berjaya betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid-murid: Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid-murid: Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.


Sebentar kemudian,,loceng telah bunyi menandakan waktu rehat telah tiba...pelajar2 tersebut berasa sgt gembira..TAPI perlu diingat ESOK MASIH ADA! CIKGU itu PASTI DATANG LG!!!!!!!!!

P/S: Guru penyuluh kegelapan!!!!!!!!

Kuiz online


Uji minda dengan kuiz sejarah ting 4 dari pelbagai topik ..bleh